Friday, August 11, 2017

my first solo trip (third day; 26/06/2017)




Third day 26/6/2017

woke up in Gifu! xoxo. pukul 5 pagi aku dah terjaga, then aku panic sebab bila selak langsir cerah secerah cerahnya. cerah dia macam pukul 12 tengahari. aku dah gelabah deng macam mana aku x sedar, orang hotel ni tak kejut ke apa. bila tengok handphone, pukul 5 pagi rupanya, aku sambung tidur balik. haha. Smlm tido lambat kot kul 3 lebih baru tido buat benda2 larooo. Pukul 8.00am baru aku betul2 bangun lepak2. tulis poskad. 
after sunrise. kalau perasan ada bukit belakang AB hotel tu, ha, itu mt. kinka, atas tu secoit tu, Gifu castle. nampak mcm tinggi nau. tapi ok jela sebenarnya.

ini lapan pagi
 Aku memang rasa x mau nak check out, sebab dah rasa best gila, plus katil hotel ni pun best. tapi perjalanan harus diteruskan. so kena gak lah siap2, xkan nak duduk bilik hotel je ye dok? dah datang jauh2. siap tulis poskad letak stamp bagai, aku check out pukul 10am. aku letak bag dekat hotel. senang sket, nnt balik ambil. lepak lobby kejap, google macam mana nak ke masjid Gifu. Masjid ni memang dalam list aku dari awal sebab cantik kot masjid ni. plus nak la gak dapat pahala. aku cuma berharap tak jumpa orang muslim je, sebab aku malas nak menjawab kenapa aku tak raya n kenapa aku datang nagoya sebab seriously aku xde jawapan. haha. hari ni 2nd day raya, so aku harap dorang beraya semalam je, plus harini hari isnin, orang dah start keje kan? haha.

bandar Gifu

10.32am; on ze way dlm bus ke gifu university. Mula2 aku tunggu platform 5 tapi org tu cakap ape ntah aku tak faham, so aku g main station, gi tanya information, so bayar 320 yen utk one way. Gifu university tak masuk dlm one day pass. Tak untung kot sbb jauh. So aku beli one way dulu takut tiket hilang. Haha. So tunggu platform 9 ye, bus c70 or n45. Turun dekat gidai guchi. Deng nak kencing. Hopefully sempat sampai. Argh! Ni mesti sebab makan tembikai tadi!


10.53am; sampai gidaiguchi. Ikut direction dia kata 10 minit jalan kaki ke masjid tapi ikut arah mana? Deng betul, aku pun x waze awal2, internet mmg xde. So ikut gerak hati. Tanya orang sebenarnya. Jumpa sorang lady baik hati tolong search. So ikut direction dia, dari tempat ko turun bus, mengadap jalan, kau terus je ke depan, masjid ni dekat hujung sekali ladang gandum ke padi. Mula2 aku pun rasa betul ke ada, dari tempat gidaiguchi yg nak balik nampak drugstore, turn left, jalan terus, nampak bangunan mcm kilang turn right, dari simpang ni ko akn nampak kubah tiga dari jauh. Ko teruss je, aku sampai masjid tengah renovate. Nasib boleh masuk. Cantik weh masjid dia. all white and comel. Agak2 dah puas so aku keluar dan menapak semula ke bus stop.

reached the gidaiguchi stop. tak tahu hala tuju. ingat, jalan terus, mengadap jalan ni, lintas jalan. masjid di hujung.


teruskan berjalan


kehijauan


turn left, turn right ko akan nampak ini. terus je sampai hujung

kiri kanan hijau

there there masjid

tengah cat

bahagian dalam

xde orang

inside

11.43am; aku dah sampai tempat tunggu bas nak balik.

12.09pm; aku turun bus awal sangat, patut depan lagi, ni aku turun dekat yanagase. Kat situ ada don quijote, apalagas, shopping. Seriously barang lgi murah. Pisau yang aku beli kat mak kat osaka murah dlm 300yen kat sini. Deng betul. Air klasik tu pon murah. Total damage duit terbang; 1,330yen. Beli biskut seinbei dekat sini. oklah.

12.58pm; keluar don quijote, tengok map jauh gak aku kena menapak ke hotel. Tanya org utk confirmation, betul n terus menapak. Sempat aku pos semua poskad. Kat sini xde gifu nye poskad kan? 

1.09pm; menapak sampai jr gifu station. Lepak makan. Lapar woi. Hailaaa. Mana nak makan makanan proper ni. Mak seteress. Nak makan nasi sedap! 

1.57pm; moh ler kita balik hotel ambil beg jom g nagoya

2.05pm; sampai hotel. Dekat je weh jr gifu station dgn resol gifu hotel ni. Lerrr. Aku melepak dekat lobi. Main internet.

2.46pm; dalam train gifu-nagoya station. Katanya berenti semua station. Masak ler mak. Tiket one way gifu ke nagoya; 470yen

3.15pm; sampai nagoya, cepat gak, x sempat aku nak tido. Then aku dah start rasa seram nak cari kyoya ryokan ni sbb aku tau jauh dgn beg berat. So kali ni bijak sket berpandukan waze dah awal2, aku menapak. Jauh dia buat aku sangsi betul.

3.54pm; SAMPAI KYOYA RYOKAN. Kau nampak x jauh dia azab gila. Tapi aku mmg berenti2 amik gambar la tapi tu pun x banyak ok. Sumpah jauh weh. dengan beg aku berat. memang rasa nak nangis. aku banyak gak berenti2 amik gambar. sempat singgah convenience store beli nasi. aku dah 2 hari x makan nasi proper. haha

suka plak aku dengan penutup lubang ni.

ye, aku memang berenti amik gambar setiap kali jumpa

kalau corak sama x amik la, corak lain je amik

background ni lain dari yang atas

finally sampai! ya allah jauhnya kau!
4.00pm; Aku check in semua, pergh sharp aku check in harini. cantik guesthouse ni, very the classic. aku melepak main hp, pukul 5 petang baru makan nasi sedih x? haha. 

6.30pm; baru aku keluar nak pergi nagoya tower and oasis 21. Boleh tahan jauh gak sebenarnya, dlm 3 km. Mula2 nak aku dah naik basikal lepastu basikal buat hal so aku jalan kaki. gigih berjalan woi. 3km pergi, 3km pulang. masak!

7.19pm; baru sampai nagoya tower. Waaa cantik. Oasis pun cantik. Lama gak aku melepak sini, 

8.07pm; menapak balik ikut laluan ramai org sbb laluan tadi sunyi. Lalu don quijote. Sini lagi mahei dari gifu!. Tengok handbag, aku perlu keeee? Then teruskan perjalanan balik.

9.05pm; sampai kyoya. aku mandi shower dulu. bilik aku masa ni aku sorang je. so heaven lagi. hahaha.

11.30pm; MY FIRST EVER ONSEN EXPERIENCE. Best gilaa. I locked the main door. Tapi rasanya xde org mandi oi. Hahaha. Seronok nyaaaaa

12.30pm; tidooo

ruang makan


bilikku

backyard

entrance onsen

berat aku turun ok, hasil berjalan tanpa henti

berendammmm

niat hati nak naik basikal tapi basikal ni weng

oasis 21

nagoya tower

berdepan dengan don quijote

p/s: all in all, aku suka gila kyoya ryokan ni sebab homey gila rasa n tempat dia best. share shower and toilet. tak separated men & female macam dekat takayama. bilik aku je, all female. tapi sebab tak ramai orang stay sini. so aku bebas menggunakan semua sesuka hati. haha. momen paling best adalah first time try onsen. ah best. sebab kau dah berjalan banyak so rendam kaki dalam air panas, nikmatnya pergh! haha. aku memang purposely mandi lambat sebab tak mau bertembung dengan orang. tapi memang senyap la tempat ni. tenang aja. jenis mcm rumah jepun lama. Dekat nagoya ni gak aku berjalan sorang2 waktu malam lalu jalan gelap. yela, balik dari oasis 21 & nagoya tower dah pukul berapa, tapi aku tawakkal je. lepas mandi onsen, tidur memang tak hingat! ok, sikit lagi nak habiskan post nagoya, ayuh!


Thursday, August 10, 2017

my first solo trip (second day; 25/06/2017)



Second day 25/6/2017


Kononnya aku nak bangun awal harini nak pergi merayau Takayama dan hari ni aku nak pergi Gifu. Harini hari raya woi. haha. aku masih tenang. tengok instagram, relax je tengok gambar raya semua. haha. kental betul hati aku. 7.45am baru aku keluar bilik nak pergi mandi. Keluar bilik tu, ada a few girls tengah gosok gigi. Dorang just gosok gigi basuh muka keluar. Sempoi. Since aku ambil female dormitory, so semua perempuan and non-mixed. shower dekat bawah tapi asing lelaki n perempuan, toilet pon asing lelaki perempuan. so proper lah. ini first time aku duduk dorm macam ni, so far pengalamannya tak mengerikan. sebab everything asing, so kau tak seriau nak mandi terbayang ada lelaki kat shower sebelah. haha.btw, masa aku mandi, memang aku sorang je yang mandi, shower lain semua kosong. korang x mandi pagi ke woi? haha.

pasar pagi takayama

8.45am; check out, start merayau takayama. Pergi pasar pagi. Pasar pagi ni rasa macam pasar tani dekat malaysia. aku pun dah lama tak pergi pasar tani. haha. Takayama ni pun tenang je rasa. it's an old town yang very calming and lay back. aku pun tak tahu kenapa, dari semalam berjalan memang aku tak jumpa ramai orang. so memang bila ambil gambar, gambar aku perfect tiada manusia. sempat jugalah aku beli pisau untuk mak aku, postcards etc. semua rumah-rumah dekat sini memang mcm zaman jepun lama. Dalam pukul 10.45am aku dah start menapak menuju ke hostel semula nak ambil beg sebab aku nak pergi Gifu. Terus pecut ke stesen takayama nak naik bus ke gifu. Tepat2 ok, aku sampai, mmg org tengah naik.

rumah-rumah
ada ikan ok dalam sungai. ni ikan kap ke?
barber

entrance

jembatan merah
translate please?

makan tako tepi sungai


11.00am; bus takayama-gifu ok bagi aku tulis poscards, n nak tido. Hari ni raya woi. Hahaha. Bak kata mak aku, kental betul aku. Apehal ntah aku xrasa sedih ke apa. Biasa je. aku memang tak jumpa orang Muslim langsung. sape woi nak jalan masa raya? haha.

1.15pm;Sampai stesen Gifu. Bas ni berhenti tepi jalan je. Masa ni aku sedikit risau sebab aku tak habis google pasal Gifu dan aku tak tahu hotel ni direction macam mana. Plus aku xde pocket internet. Ah belasah jela, "hatiku berkata" haha. Sampai stesen tu, rupanya train stesen. so aku jalan sekejap kot2 ada sape2 boleh tolong or ada information board. then nampak information board depan stesen. aku tengok, Hotel Resol ada dalam information board. Only a few blocks from here. yezza. teruskan menapak. Sampai hotel, pergh fancy hotel ni. best2. Since check in time belum sampai, dan masa ni sebenarnya planning aku adalah hiking Mt. Gifu, aku tinggal beg minta direction to Gifu park, staff hotel ni bagi pamphlet and suruh aku naik bus N32, Gifu park. Sebenarnya aku memang dah berpakaian hiking pon. memang niat nak hiking harini. haha.

1.45pm; beli return tiket to gifu park, 420yen. Deng la, naik bus N32, hari macam nak hujan. Masa ni aku dah cuak, deng macam mana aku nak naik ni, kalau hujan, bahaya woi. tapi aku tetap pergi. masa nak sampai Gifu park, ada nenek baik hati tolong tekan loceng bagitau dah sampai Gifu Park.
 
2.07pm; sampai gifu park, berpandukan map yang ada alhamdulillah dia dah siap tunjuk trail. Terus agak2 menapak, then betul la ni mediation trail. masa naik ni memang xde orang lain naik sekali. aku mula2 tak fikir apa pun, bila separuh daki jumpa sign babi hutan, baru aku kecut perut sikit. deng! mati lah, aku x mau jumpa babi hutan. *nangis dalam hati. masa ni hujan dah turun rintik-rintik. Aku memang terfikir nak patah balik, tapi hati kental ni tak mahu mengalah. Perasaan ni serasa masa aku naik kinabalu haritu, badan aku dah out. mental je yang tahan, jauh aku datang tak kan aku x sampai atas? gitu aku fikir. trek dia memang hutan. ini memang lebih kurang 1380 pelindung trail hutan. aku tak berhenti pun, terus je naik. first sebab aku takut babi hutan, second sebab dah nak hujan aku takut stuck dalam hutan ni. Jumpa a few hikers dah nak turun. Akhirnya, 2.59pm, aku sampai puncak! woot woot! sampai je puncak terus hujan mencurah2 turun. sejuk woi. menyesal tak bawak jaket. Atas mt. kinka ni ada Gifu castle. macam manalah dorang naik castle ni dulu. gila, memang aku naik tak turun2 weh. aku tak masuk pun castle ni sebab semua castle sama je plus aku nak masuk yang dekat nagoya nanti. 

meditation trail
ini sumpah rasa mcm batu-batu dekat kinabalu
 Btw, nak naik gifu castle ni ada disediakan ropeway, cable car la, dalam 5 minutes je naik atas. kalau kau jenis nak relax, boleh la naik ropeway ni. ataupun kau naik guna cable car, turun guna trail. suka hati la. trails ke mount kinka ni ada 4 trails. meditation trail memang masuk hutan, yang lain aku rasa ok kot. macam pelindung jalan tar. disebabkan hujan mencurah2 so non view. memang kabus je. masa aku tengah ambil gambar castle, tiba2 ada pakcik offer nak payungkan aku. i was like, awww pakcik, youre so nice but thanks, im already soaked. haha.
gifu castle
see, kabus semata, gimana mau lihat viewnya?

3.19pm; start menapak turun. Ingat nak ikut hundred turn climbing route. Katanya senang, tapi ntah mcm mana masuk seven turn climbing route. masa turun ni, aku jumpa banyak budak sekolah turun. dorang ada program agaknya. Hujan still renyai-renyai tapi ok sikit la. Route turun ni senang banyak dari route naik. jalan dia lapang dan clear potensi nak sesat tu almost 0. meditation trail ko kena baik2 sikit sebab ko kena baca trail. sebab aku ada gak macam tersasar rupanya trail salah. Aku sampai gifu park semula dalam 3.40pm. Lepas tu mana ntah aku tercicir tiket bas balik, deng betul kena beli baru.deng!

ni trail hundred turns aku rasa
4.14pm; aku tunggu bas depan gifu park, masa ni ada sorang pakcik tunggu bas juga. Hujan still renyai-renyai. Aku dah basah apa ada hal. sejuk gak la. then pakcik ni asyik tengok-tengok aku je. aku mcm eh pakcik ni kenapa. then bila aku buat eye contact dengan dia. dia hulur payung suruh aku berteduh bawah payung dia juga. awwww, sweetest thing evah! Nasib lelaki tu pakcik, kalau lelaki tu muda dan good looking, ini boleh jadi love story! haha. maybe kawasan aku pergi ni kawasan outskirts, so orang-orang dia gentleman kot. jenis baik2 nak tolong orang.awww, i laff this town.

pakcik baik hati, sempat snap sekejap. lol
4.37pm; sampai dekat centre gifu bus station aku merayap pergi loft pergi beli barang makan semua. masuklah supermarket beli barang makan. aku memang makan tak teratur. plus aku tak rasa lapar. mungkin sebab perasaan nak masuk restaurant sorang tu buat aku rasa terus kenyang kot. haha

5.15pm; balik hotel best! sepagian berjalan dekat takayama, then sampai gifu terus hiking, so kaki aku tak boleh terima dah. aku nak rehat. so malam tu aku mmg xmau berjalan. aku nak tidur. hotel dia bestlah, siap ada bathtub. memang aku berendam lama. haha.

Wednesday, August 9, 2017

my first solo trip (first day; 24/06/2017)

First day (24/06/2017)

Sampai airport nagoya pukul 7.30am. memang pantas. immigration and kastam pun smooth. im the first one sampai immigration. woot. Keluar je kastam, pergi toilet, etc gosok gigi. then pergi information centre nagoya sebelah kiri keluar arrival. untuk orang-orang yang berjalan tanpa haluan, boleh cari semula haluan anda dengan membaca semua pamphlet dekat situ or tanya the person yang ada dekat situ. Aku charge hp sebentar, update family then off i go. naik bridge to the other side of the airport, then sebelah kiri you will see the Meitetsu Plaza sebelah tiket kaunter. Shoryudo 3-days Pass ni kena beli siap2 dekat malaysia, aku beli dengan travel agent HIS, RM320. Lepas tu ko kena print confirmation yang dia email n tukar dekat airport Nagoya. Shoryudo 3-days pass ni cover Takayama/Shirakawa-go/Kanazawa.
betul-betul depan meitetsu bus centre, cari nana
nasib pakai towel.

Aku naik semi express ya ampun lambat nya rasa. Ke sebenarnya cepat. Entah la aku mengantuk. Sampai nagoya station pukul 9.58am, keluar ikut sign pergi meitetsu bus centre, ambik tiket utk ke takayama pukul 10.30am, Sharp gila ok bus dia, 10.30am dah gerak! Aku naik nohi bus. Sampai takayama dlm 1.30pm lama kan?! Naik pening aku. Ingat sempat la nak naik bus 1.50pm ke shirakawago. Harem. Sebab sesat x jumpa hostel. Nasib jumpa dua orang lelaki budiman tunjuk jalan walaupun apa dia cakap aku tak faham, tapi sebab dia beria tolong sampai teman aku lintas jalan. i'm touched. then sampai2 boleh terus check in. Patutnya check in pukul 3-4pm, so aku masuk bilik, lepak2, best bilik dia. aku jadi malas. Mula-mula aku sorang je dalam bilik 6 orang tu, then masuk perempuan Perancis, dia baru balik hiking 3 hari, aku macam pergh! hebat kau. dia kata, kalau ikutkan esok cuaca tak elok, kalau nak jalan better hari ini. aku apalagi, terus siap2 keluar, aku nak pergi Shirakawa-go jugak!Menapak pergi bus stop, dalam 10 minit kot. So naik bus shirakawago pukul 2.50pm. Sampai shirakawago pukul 4.00pm. Huuu lebih kurang sejam je nak berjalan sempat kah? Bas last dari shirakawago pukul 5.30pm, sempat la jalan2 naik lookup point. Nasib berangin so sedap jalan. Cepat gila aku berjalan dekat Shirakawa-go, sebab aku takut kena tinggal bus, mati la woi, mana aku nak tidur dekat kampung orang ni! Plus masa ni x ramai orang sangat, so masa aku berjalan sangat tenang. Sampai hujunng kampung gak aku berjalan, then balik on time semula ke bus stop, berlari gak, sebab bus sini sangat sharp tak bagi diskaun. haha.


sampai hostel J-hoppers hida-takayama guest house. recommended!

bus pergi shirakawa-go dari takayama, aku dan makcik ni je dalam bus.

sampai shirakawa-go!

ini gandum ke padi, i dont know

kalau ada orang boleh ambil gambar aku, aku dah menepek diri kat situ.

dah nak sampai hujung aku jalan

jambatan menuju ke mana tak tahu sebab masa ni masa dah suntuk, aku takut kalau aku ke seberang, tak sempat naik bus

haila bunga

Sampai takayama pukul 6.40pm. Terus book bus ke gifu senang esok boleh bajet masa. Then aku pon jalan2 around situ. Calm je town ni, aman n senyap.nak dekat malam xramai org, jauh gak aku jalan, masuk seven e jumpa ice cream yang aku mkn dlm flight mas balik dari osaka. 140yen utk semangkuk kecik. Murah la weh. Beria makan. Dok tepi jambatan dok makan ice cream. sumpah tenang gila town ni and tak ramai orang. aku jalan-jalan almost semua kedai dah tutup, best gak la, ambil gambar semua xde manusia. haha. sunyi amat Sampai hostel mandi makan then tido

sedap ok icecream ni

senja

berdiri tengah jalan pon ok sebab tak banyak kereta lalu. haha

Timing hari pertama (24/06/2017)
Nagoya-Takayama-Shirakawa-go-Takayama



7.30am touch down nagoya
9.58am reached nagoya station by semi express train
10.30am meitetsu bus centre-takayama
1.30pm reached takayama
2.00pm check in j hoppers hostel
2.50pm bus takayama-shirakawago
4.00pm reached shirakawago
5.30pm bus shirakawago-takayama
6.40pm reached takayama g jalan2
7.30pm sampai hostel selepas merayau





p/s: hari pertama ni aku tak banyak keluar duit sangat. keluar duit beli air, ice cream etc. transport dah cover
Shoryudo Pass so jimat situ. pergi shirakawa-go tak payah bayar. ok sehingga berjumpa di hari ke dua. 

Friday, August 4, 2017

my first solo trip (Nagoya; 23/6/2017 - 28/6/2017)

aku malas sebenarnya nak menaip tapi memandangkan ini trip solo aku yang pertama so ada baiknya aku post sebagai panduan dan kenangan. ceh!

PREPARATION
aku simpan angan-angan nak berjalan masa raya ni sejak aku tahu anak bestfriend mak aku pergi Italy masa raya dengan kawan dia. masa tu, aku belajar lagi. Lepas dengar mak aku cerita, terus aku inspired. Aku pun tak sedar sejak bila aku bosan dengan raya, tapi aku memang dah lama rasa tak excited nak raya. aku rasa raya, raya lah, nothing new. sampai macam tu tak semangat. 

So tahun lepas (2016) aku tekad beli tiket untuk one person to anywhere masa raya asalkan tempat tak sambut raya! google punya google dan setelah mengunakan sky scanner, Japan paling murah sebab masa tu Vietnam Airlines tengah buat promo.

Tiket return Nagoya : RM770.90

Murah kan? so rajin-rajinlah tengok skyscanner. 


Tak takut ke jalan sorang?

ini first time aku jalan sorang of course aku nervous. dengan orang sekeliling dok cakap, dah la perempuan jalan sorang, bahaya. well, sebagai seorang perempuan, kau kena buat research gila-gila kalau nak travel sorang. must be well prepared and pilih tempat yang less risky, i.e; Japan or else (New Zealand, Australia, Malaysia). aku rasa Japan sangat selamat untuk solo female traveler. Rajin sikit google safe places untuk female traveler, banyak je blog yang review. all in all, aku lebih kepada excited. ya, aku memang sejenis redah je bila travel, excited lebih.  So, senang cerita, aku tak fikir sangat pasal takut.

23/6/2017 

Kuantan to KL
flight patut pukul 10.30am tapi delayed sampai 11.30am. hari kedua terakhir puasa. chill. Sampai KLIA, aku melepak dan terus melepak. kemas-kemas bag. masa ni ramai orang nak pergi umrah. memang meriah airport.

KL to Saigon 
flight puku 8.00pm.

Saigon to Nagoya
flight pukul 12.00 malam aku rasa. masa ni aku dah tak rasa nak berapa makan. aku beli bekal kfc pun aku rasa tak lalu nak makan. one new thing aku perasan tentang diri sendiri, aku memang jenis x makan bila berjalan sorang. rasa nak makan tu xde sangat. 

hari ini memang waktu perjalanan saja. vietnam airlines mmg sharp takde delay2. makanan dia pun boleh tahan sedap. all in all superb.

p/s: lama gila due post ni. haha. ok sampai sini saja, first day kita sambung next post. 

 
first time jejak nagoya. berbekalkan kertas-kertas research, ayuh! 

Thursday, March 23, 2017

2017

came back from my first holiday in 2017 and it was great! 2017 would be the year im planning the big decision in my life, but im not sure yet. well, we will see how it goes. btw, im going for half marathon this year. hope can be done this year.

Tuesday, October 18, 2016

current life

macam biasa, setiap kali nak kena buat hujahan mesti aku takde idea lalu berblog, or idea berblog datang lalu tak boleh buat hujahan. eh? mengantuk gila azab. stuck dengan dua files lagi ni sebelum mula hujahan semula. deng! tapi apesal aku mengantuk tahap mata ada gam gajah ni!? apa pun, hujahan kena siap! *tunjuk lengan gagah* sabtu ni aku naik kinabalu, lulululu. seram oi! balik kinabalu aku kena settlekan banyak benda pending, etc etc etc. aku dah 29 tahun depan, time is ticking time is running. kalau aku tak start sekarang memang sudahnya tidak akan ada cerita. *tunjuk lengan sebelah pula* ok, mari menjadi productive.*tiada lengan lagi boleh ditunjuk* p/s: time to step out of the comfort zone.