Wednesday, September 6, 2017

luahan rasa

lepas aku balik Nagoya, aku perasan aku macam lost. Lost dalam erti kata aku mula rasa x keruan sebab aku xde plan nak berjalan. Tapi, bila dah rancang trip travel, hati aku still x puas. Lepastu aku rasa apa aku nak dalam hidup? What next? this void feeling is so annoying, hunting my mind every single second. 

Buatkan aku terfikir, where are all this "do-it-now-or-never" coming from. Kemudian, aku teringat Ateem. sejak Ateem meninggal, aku semacam dirasuk semangat "do-it-now-or-never" yang gigih nak penuhkan bucket list. Sebelum Ateem meninggal, we have this VIP group chat where we discussed where we want to go next. As usual, Ateem being the most semangat one, she was the one who posted a lot of recommended places to go. Then, she passed away. Ateem meninggal buatkan aku terfikir, aku kena buat semua yang aku nak, hidup hanya sekali dan aku tak tahu bila aku pergi. So, for the past few years, i have been traveling to a lot of places because "it is now or never guys". Traveling is something we always look forward, the VIP group. Perhaps, by traveling, i found peace with her death. 

Traveling solo probably the ultimate thing yang aku nak sangat buat. Lepas travel solo, this feeling right now, i do not know how to explain. aku rasa, alhamdulillah, jyeah done jalan solo. Lepastu i basically, have nothing in mind. What should i do next? Apa aku patut buat? Do i need to get married? Do i need to further my study? do i need to do career change? these questions linger in my mind. At first i thought maybe i need to plan another trip to look forward, so i planned one. done. but this feeling still bothering me. i am bored. i feel something missing. Like, i need a change.

Dont get me wrong, i love my life right now, my parents are with me, friends who are always there for me, my bosses are perfect and workplace is peace! what more do i need? 

..........

aku mengantuk tadi. dozed off. hahahaha.

(Sambung balik)

Mungkin aku patut take one step at a time. enjoy the moment. Chill. read more books, exercise more, eat healthy. live simple normal life. Ada ke normal life? i think kita semua ada hidup yang pelik yang kita cuba untuk buatkan hidup itu jadi senormal mungkin. what my friends going through, their hardship, i pray nothing but only the best for them and my life too. Something happened in my life which change my perception 100%. i was so stressed and miserable thinking about it. At the end, i gave up thinking so much. what ever happened already in the past. nothing i can do about it. nothing i can change. u have no idea how traumatized i felt. i just want to forget about it. i do not want to care anymore. This part of my memory i want to erase completely. Sometimes,when u encountered things which u can't fixed, you need to walk away from them.

Sunday, August 13, 2017

my first solo trip (fifth day; 28/06/2017)



28/6/2017 fifth day



pukul 5.00 pagi ok aku pergi onsen. hari ni memang aku sengaja bangun awal sebab aku nak mandi onsen lagi, mandi awal sebab tak nak mandi dengan orang lain. haha. onsen ni open dari 5.00pm sampai 8.00am everyday. so ko kena pandai2 cari masa kalau kau suka kan privacy. best gila. dalam pukul 7.00am aku dah keluar menapak pergi nagoya station. jauh woi, so aku kena bajet masalah, hujan rintik2, nasib ada mcm subway bawah tanah, so selamat. flight aku pukul 10.15am, sedang elok la sampai airport check in semua. tiket nagoya station ke airport 870yen.

kali ni transit dekat hanoi. aku melepak main hp je. sampai KLIA, aku tunggu zati. omg, happy gila jumpa someone familiar and having a a real conversation. haha. patutnya flight aku ke Kuantan malam tu jugak, tapi sebab Mas tiba2 cancel flight malam tu, so aku kena bermalam dekat capsule hotel dekat klia 2. flight aku keesokkan harinya ke kuantan.

all in all, bajet aku ke nagoya kurang dari RM3k. haha, murah kan, mostly sebab kebanyakan tempat aku pergi xpayah bayar, x ada entrance fee and transportation pun kira oklah, aku banyak berjalan. accommodation pun aku memang pilih hostel la first choice. So, nagoya is a good place to go, aku pun x faham kenapa review mcm kata x best. bagi aku ok la. tak hectic macam osaka, and peaceful. aku memang suka tempat kampung2, so aku boleh jadi bias. haha.


jajan jepun staff dekat kyoya ryokan bagi. awwww

habis satu buku aku baca ok.

capsule hotel. pening weh duduk dalam ni. memang terkepung.

p/s: berjalan solo dan berjalan dengan kawan, dua-dua ada pro n cons. berjalan dengan member, kau kena being considerate with your friends tak boleh nak ikut kepala kau je nak pergi mana2. berjalan sorang, aku memang selagi boleh aku jalan je, my friends are all aware of this fact. so dua-dua aku enjoy. this is my first solo trip so bagi aku memang memorable. orang tanya tak rindu ke ketupat rendang bagai, aku jawab tak, aku lagi bangga berat aku turun. haha. so, apalagi, if you want to try it, go do it!


Saturday, August 12, 2017

my first solo trip (fourth day; 27/06/2017)



fourth day 27/6/2017

Nagoya town;
1)Komeda
2)Aquarium
3)Nagoya castle
4)Science city museum
5)Toyota museum
6)Noritake garden
7)Osu kannon

di atas adalah list tempat2 yang aku nak pergi harini. banyak kan. tapi aku determined, i must do it! jyeah!

5.30 pagi aku dah terjaga. haila, awatla asyik terjaga awal, waktu keje takde plak macam ni.
 
6.30am-aku melepak kejap (definasi melepak kejap aku adalah tengok instagram. tengok gambar raya orang, then aww bestnya. tapi still aku x sedih. hahaha. aku nak post gambar aku, tapi aku relax dulu, kang banyak pertanyaan aku malas nak jawab. hahaha. Then pergi mandi.

8.49am; baru keluar g komeda. Dekat la gak. so hasil google aku, dekat nagoya ni, kalau kau breakfast order air kopi, kau akan dapat complimentary roti. sebagai cheapskate, aku harus cuba walaupun tekak aku x berapa nak masuk bila makan sorang dan aku x suka kopi. this coffee ain't cheap, kalau x dapat complimentary roti, mengamuk gak aku. cepat-cepat aku makan sebab aku x sabar nak pergi aquarium! aku nak tengok dolphin! itu juga salah satu benda aku nak buat!

8.25am; jom menapak ke station subway kokusai centre station!! aku beli one-day Nagoya pass subway 740 yen, ini yang paling berbaloi. tapi kan sebenarnya, tempat dekat nagoya ni xde la jauh2 sangat. so kalau nak jalan kaki pon aku rasa xde hal. tapi sebab aku banyak tempat  nak pergi, so one day pass ni memang diperlukan.

8.50am; dekat kanayama, trasfer to nagoya port. Seperti biasa subway and aku tiada berpisah dari kekeliruan. Tapi so far so good.aku. aku memang failed naik subway, masa pergi osaka, aku memang ikut je budak-budak ni dan ktorg ada pocket internet. tapi sebab ni aku sorang2, aku memang study line subway kaw kaw macam nak jawab exam. 

9.00am; awalkan aku sampai port of nagoya. masa ni sunyi gila, aku ingat aquarium tutup, then aku jumpa information kaunter, bila tanya rupanya aquarium open pukul 9.30am. nampak tak kegigihan nak tengok dolphin yang menebal. haha.

9.37am; masuk aquarium, ingat diskaun 1000, rupanya 1800 sajo. Ok laah, dari 2000. Beluga is white! So cute! Orca is the tompok putih! Aku enjoy gila masuk aquarium ni. Lama gila kot. Dari pagi sampai 1.32pm baru keluar kot. Gilaaa lamaa. Masa orca show aku tertidur. Haha ngantok gila, tempat plak best tido. Aku tgok dekat main screen sbb malas nak sesak2 n aku rasa orca not in the good mood, dia mcm malas sikit. Then aku bergerak g dekat bahagian ikan2 penguin. Best rupanya. Omg coral cantik gila!! aku memang excited nak tgok dolphin show and yang lain je, bahagian ikan2 ni malas, tapi bila pergi the other side, best gak, ada penguin and ikan2 yang rare. coral2 dia cantik gila ok. macam mana dorang transfer coral tu pergi masuk aquarium ni, sebab coral kan sensitive. kagum aku. penyu pun ada. cukup la hidupan lautnya.

1.32pm; aku keluar pergi naik subway balik nak pergi nagoya castle.

2.19pm; sampai castle. Ingat nak ambil gambar dari luar je sbb hari ni banyak tempat aku nak pergi oi. Tapi masuk gak la, mcm worth it je. So best la gak. Since aku beli subway one day pass so castle dpt diskaun. Aquarium pon dapat. Ok la dari xde. Lama gak melepak kat sini. Bila sedar diri, baru cepat2 keluar. Since aku beli one day subway aku mmg nak guna sepenuhnya. Nagoya ni tempat sebenarnya dekat2 boleh jalan kaki. Tapi sbb aku kiasu. Aku nak gak naik train. Xde aku dah bayar kena guna sepenuhnya. Haha. 

4.31pm; sampai sciene museum n art museum. Aku amik gambar luar bola tu je sebenarnya, sempat beli air gedegang. Sumpah aku haus gila, kaki dah sakit masa ni. Tapi mission harus diteruskan. Masa ni hp memory dah full. Habis semua apps aku delete, gambar awal2 aku delete nak bagi space gambar seterusnya. Then tiba2 one day pass aku lupa letak mana. Gelabah tak ingat sampai aku nazar kalau jumpa. Alhamdulillah jumpa. 

5.05pm; sampai toyata museum tempat lahir George. Sebenarnya aku nak masuk tapi masa xde. Plus xpelah aku fikir cukup la amik gambar dari luar je. Plus mmg dah tutup. Tempat ni dekat je dari nagoya station tapi sbb aku nak naik train. Suka hati la. Then masa tu aku nampak signboard noritake garden. Aku pun alang2 pergi la. Sesat ke depan sbb aku menonong jalan xtgok signboard. Patah balik. 

5.31pm; masuk entrance noritake garden. cantik gilaaa tempat ni. This garden is screaming for an ootd at every corner. Sigh. malangnya aku xde photog nak ambil gambar aku. le sigh.

6.09pm; sampai osu kannon. Gila sendu xde orang x meriah. Masuk komehyo. Pergh this one cantik gilaaa. Then masuk several secondhand handbag. Ada aku berkenan. Then ada satu chloe ni aku nak, tapi mangga dia rosak pulak. So aku redha. Masa tu dah mmg lmbat. Aku tiba2 rasa nak pergi komehyo nagoya. Mmg mission impossible sbb komehyo nagoya tutup pukul 8.

7.35pm; sampai komehyo nagoya station. Mmg best decision ever. CAntik gila komehyo store nagoya station ni. Whole different level. 

8.00pm; aku berjalan2, saja round2, so aku pergi uniqlo. Tingkat 12 G tower. Pergh. Bayar canggih gilaa. Aku beli kasut leopard. Haha.

10.00pm; sampai hostel. Gila aku penat gilaaaaaa. Sampai hotel aku makan, then mandi, terus tido

Komeda coffee; 400yen
0ne day pass subway; 740yen
Ticket aquarium; 1800yen
Aquarium Postcard&stamp; 170yen
Nagoya castle entrance; 400yen
Nagoya castle Postcard& stamps; 250yen
Air caplis; 140yen
Kasut malas; 1700yen

mulakan pagi anda dengan sarapan. aku x minum sangat kopi, so aku pilih white coffee tak nampak kopi sangat. haha


sampai!

kapal ni pernah sampai antartika kot, ke mana, aku tak ingat.

jembatan

orca bad mood

seal

beluga

dolphin

dolphin show

coral

coral ni tengok dengan mata lain, bila ambil gambar lain

nagoya castle

da building

view from obsevatory

science museum

noritake garden

this garden, haish

komehyo dekat osu

komehyo dekat nagoya station
 p/s: banyak lagi gambar sebenarnya, tapi aku malas upload tengok jela ni. plus aku tak rasa ada orang baca blog aku. haha. tapi hari ke empat ni memang productive habis. penat berjalan sampai terasa kebas kaki. haha.betul la orang kata kalau jalan kat jepun ni, sehari lebih kurang 10km! haha. sampai aku tak larat gila. bila nak naik tangga pun rasa nak merangkak. haha.

highlight of the day, adalah aku first time tengok dolphin. weeee, serious happy gila, i was smiling, giggling like a 5 years old kid. happy weh. rasa terhibur tengok beluga and dolphin. i never thought that animals can make me this happy. maka dengan itu berakhir sudah my first solo trip to nagoya. fifth day hanya lah hari perjalanan.



Friday, August 11, 2017

my first solo trip (third day; 26/06/2017)




Third day 26/6/2017

woke up in Gifu! xoxo. pukul 5 pagi aku dah terjaga, then aku panic sebab bila selak langsir cerah secerah cerahnya. cerah dia macam pukul 12 tengahari. aku dah gelabah deng macam mana aku x sedar, orang hotel ni tak kejut ke apa. bila tengok handphone, pukul 5 pagi rupanya, aku sambung tidur balik. haha. Smlm tido lambat kot kul 3 lebih baru tido buat benda2 larooo. Pukul 8.00am baru aku betul2 bangun lepak2. tulis poskad. 
after sunrise. kalau perasan ada bukit belakang AB hotel tu, ha, itu mt. kinka, atas tu secoit tu, Gifu castle. nampak mcm tinggi nau. tapi ok jela sebenarnya.

ini lapan pagi
 Aku memang rasa x mau nak check out, sebab dah rasa best gila, plus katil hotel ni pun best. tapi perjalanan harus diteruskan. so kena gak lah siap2, xkan nak duduk bilik hotel je ye dok? dah datang jauh2. siap tulis poskad letak stamp bagai, aku check out pukul 10am. aku letak bag dekat hotel. senang sket, nnt balik ambil. lepak lobby kejap, google macam mana nak ke masjid Gifu. Masjid ni memang dalam list aku dari awal sebab cantik kot masjid ni. plus nak la gak dapat pahala. aku cuma berharap tak jumpa orang muslim je, sebab aku malas nak menjawab kenapa aku tak raya n kenapa aku datang nagoya sebab seriously aku xde jawapan. haha. hari ni 2nd day raya, so aku harap dorang beraya semalam je, plus harini hari isnin, orang dah start keje kan? haha.

bandar Gifu

10.32am; on ze way dlm bus ke gifu university. Mula2 aku tunggu platform 5 tapi org tu cakap ape ntah aku tak faham, so aku g main station, gi tanya information, so bayar 320 yen utk one way. Gifu university tak masuk dlm one day pass. Tak untung kot sbb jauh. So aku beli one way dulu takut tiket hilang. Haha. So tunggu platform 9 ye, bus c70 or n45. Turun dekat gidai guchi. Deng nak kencing. Hopefully sempat sampai. Argh! Ni mesti sebab makan tembikai tadi!


10.53am; sampai gidaiguchi. Ikut direction dia kata 10 minit jalan kaki ke masjid tapi ikut arah mana? Deng betul, aku pun x waze awal2, internet mmg xde. So ikut gerak hati. Tanya orang sebenarnya. Jumpa sorang lady baik hati tolong search. So ikut direction dia, dari tempat ko turun bus, mengadap jalan, kau terus je ke depan, masjid ni dekat hujung sekali ladang gandum ke padi. Mula2 aku pun rasa betul ke ada, dari tempat gidaiguchi yg nak balik nampak drugstore, turn left, jalan terus, nampak bangunan mcm kilang turn right, dari simpang ni ko akn nampak kubah tiga dari jauh. Ko teruss je, aku sampai masjid tengah renovate. Nasib boleh masuk. Cantik weh masjid dia. all white and comel. Agak2 dah puas so aku keluar dan menapak semula ke bus stop.

reached the gidaiguchi stop. tak tahu hala tuju. ingat, jalan terus, mengadap jalan ni, lintas jalan. masjid di hujung.


teruskan berjalan


kehijauan


turn left, turn right ko akan nampak ini. terus je sampai hujung

kiri kanan hijau

there there masjid

tengah cat

bahagian dalam

xde orang

inside

11.43am; aku dah sampai tempat tunggu bas nak balik.

12.09pm; aku turun bus awal sangat, patut depan lagi, ni aku turun dekat yanagase. Kat situ ada don quijote, apalagas, shopping. Seriously barang lgi murah. Pisau yang aku beli kat mak kat osaka murah dlm 300yen kat sini. Deng betul. Air klasik tu pon murah. Total damage duit terbang; 1,330yen. Beli biskut seinbei dekat sini. oklah.

12.58pm; keluar don quijote, tengok map jauh gak aku kena menapak ke hotel. Tanya org utk confirmation, betul n terus menapak. Sempat aku pos semua poskad. Kat sini xde gifu nye poskad kan? 

1.09pm; menapak sampai jr gifu station. Lepak makan. Lapar woi. Hailaaa. Mana nak makan makanan proper ni. Mak seteress. Nak makan nasi sedap! 

1.57pm; moh ler kita balik hotel ambil beg jom g nagoya

2.05pm; sampai hotel. Dekat je weh jr gifu station dgn resol gifu hotel ni. Lerrr. Aku melepak dekat lobi. Main internet.

2.46pm; dalam train gifu-nagoya station. Katanya berenti semua station. Masak ler mak. Tiket one way gifu ke nagoya; 470yen

3.15pm; sampai nagoya, cepat gak, x sempat aku nak tido. Then aku dah start rasa seram nak cari kyoya ryokan ni sbb aku tau jauh dgn beg berat. So kali ni bijak sket berpandukan waze dah awal2, aku menapak. Jauh dia buat aku sangsi betul.

3.54pm; SAMPAI KYOYA RYOKAN. Kau nampak x jauh dia azab gila. Tapi aku mmg berenti2 amik gambar la tapi tu pun x banyak ok. Sumpah jauh weh. dengan beg aku berat. memang rasa nak nangis. aku banyak gak berenti2 amik gambar. sempat singgah convenience store beli nasi. aku dah 2 hari x makan nasi proper. haha

suka plak aku dengan penutup lubang ni.

ye, aku memang berenti amik gambar setiap kali jumpa

kalau corak sama x amik la, corak lain je amik

background ni lain dari yang atas

finally sampai! ya allah jauhnya kau!
4.00pm; Aku check in semua, pergh sharp aku check in harini. cantik guesthouse ni, very the classic. aku melepak main hp, pukul 5 petang baru makan nasi sedih x? haha. 

6.30pm; baru aku keluar nak pergi nagoya tower and oasis 21. Boleh tahan jauh gak sebenarnya, dlm 3 km. Mula2 nak aku dah naik basikal lepastu basikal buat hal so aku jalan kaki. gigih berjalan woi. 3km pergi, 3km pulang. masak!

7.19pm; baru sampai nagoya tower. Waaa cantik. Oasis pun cantik. Lama gak aku melepak sini, 

8.07pm; menapak balik ikut laluan ramai org sbb laluan tadi sunyi. Lalu don quijote. Sini lagi mahei dari gifu!. Tengok handbag, aku perlu keeee? Then teruskan perjalanan balik.

9.05pm; sampai kyoya. aku mandi shower dulu. bilik aku masa ni aku sorang je. so heaven lagi. hahaha.

11.30pm; MY FIRST EVER ONSEN EXPERIENCE. Best gilaa. I locked the main door. Tapi rasanya xde org mandi oi. Hahaha. Seronok nyaaaaa

12.30pm; tidooo

ruang makan


bilikku

backyard

entrance onsen

berat aku turun ok, hasil berjalan tanpa henti

berendammmm

niat hati nak naik basikal tapi basikal ni weng

oasis 21

nagoya tower

berdepan dengan don quijote

p/s: all in all, aku suka gila kyoya ryokan ni sebab homey gila rasa n tempat dia best. share shower and toilet. tak separated men & female macam dekat takayama. bilik aku je, all female. tapi sebab tak ramai orang stay sini. so aku bebas menggunakan semua sesuka hati. haha. momen paling best adalah first time try onsen. ah best. sebab kau dah berjalan banyak so rendam kaki dalam air panas, nikmatnya pergh! haha. aku memang purposely mandi lambat sebab tak mau bertembung dengan orang. tapi memang senyap la tempat ni. tenang aja. jenis mcm rumah jepun lama. Dekat nagoya ni gak aku berjalan sorang2 waktu malam lalu jalan gelap. yela, balik dari oasis 21 & nagoya tower dah pukul berapa, tapi aku tawakkal je. lepas mandi onsen, tidur memang tak hingat! ok, sikit lagi nak habiskan post nagoya, ayuh!