Sampai airport nagoya pukul 7.30am. memang pantas. immigration and kastam pun smooth. im the first one sampai immigration. woot. Keluar je kastam, pergi toilet, etc gosok gigi. then pergi information centre nagoya sebelah kiri keluar arrival. untuk orang-orang yang berjalan tanpa haluan, boleh cari semula haluan anda dengan membaca semua pamphlet dekat situ or tanya the person yang ada dekat situ. Aku charge hp sebentar, update family then off i go. naik bridge to the other side of the airport, then sebelah kiri you will see the Meitetsu Plaza sebelah tiket kaunter. Shoryudo 3-days Pass ni kena beli siap2 dekat malaysia, aku beli dengan travel agent HIS, RM320. Lepas tu ko kena print confirmation yang dia email n tukar dekat airport Nagoya. Shoryudo 3-days pass ni cover Takayama/Shirakawa-go/Kanazawa.
|
betul-betul depan meitetsu bus centre, cari nana |
|
nasib pakai towel. |
Aku naik semi express ya ampun lambat nya rasa. Ke sebenarnya cepat.
Entah la aku mengantuk. Sampai nagoya station pukul 9.58am, keluar ikut sign
pergi meitetsu bus centre, ambik tiket utk ke takayama pukul 10.30am, Sharp
gila ok bus dia, 10.30am dah gerak! Aku naik nohi bus. Sampai takayama dlm
1.30pm lama kan?! Naik pening aku. Ingat sempat la nak naik bus 1.50pm ke
shirakawago. Harem. Sebab sesat x jumpa hostel. Nasib jumpa dua orang lelaki budiman tunjuk jalan walaupun apa dia cakap aku tak faham, tapi sebab dia beria tolong sampai teman aku lintas jalan. i'm touched. then sampai2 boleh terus check
in. Patutnya check in pukul 3-4pm, so aku masuk bilik, lepak2, best bilik dia. aku jadi malas. Mula-mula aku sorang je dalam bilik 6 orang tu, then masuk perempuan Perancis, dia baru balik hiking 3 hari, aku macam pergh! hebat kau. dia kata, kalau ikutkan esok cuaca tak elok, kalau nak jalan better hari ini. aku apalagi, terus siap2 keluar, aku nak pergi Shirakawa-go jugak!Menapak pergi bus stop, dalam 10 minit kot. So naik bus shirakawago pukul 2.50pm. Sampai shirakawago pukul 4.00pm.
Huuu lebih kurang sejam je nak berjalan sempat kah? Bas last dari shirakawago
pukul 5.30pm, sempat la jalan2 naik lookup point. Nasib berangin so sedap
jalan. Cepat gila aku berjalan dekat Shirakawa-go, sebab aku takut kena tinggal bus, mati la woi, mana aku nak tidur dekat kampung orang ni! Plus masa ni x ramai orang sangat, so masa aku berjalan sangat tenang. Sampai hujunng kampung gak aku berjalan, then balik on time semula ke bus stop, berlari gak, sebab bus sini sangat sharp tak bagi diskaun. haha.
|
sampai hostel J-hoppers hida-takayama guest house. recommended!
|
|
bus pergi shirakawa-go dari takayama, aku dan makcik ni je dalam bus. |
|
sampai shirakawa-go! |
|
ini gandum ke padi, i dont know |
|
kalau ada orang boleh ambil gambar aku, aku dah menepek diri kat situ. |
|
dah nak sampai hujung aku jalan |
|
jambatan menuju ke mana tak tahu sebab masa ni masa dah suntuk, aku takut kalau aku ke seberang, tak sempat naik bus |
|
haila bunga |
Sampai takayama pukul 6.40pm. Terus book bus ke gifu senang esok boleh
bajet masa. Then aku pon jalan2 around situ. Calm je town ni, aman n senyap.nak
dekat malam xramai org, jauh gak aku jalan, masuk seven e jumpa ice cream yang
aku mkn dlm flight mas balik dari osaka. 140yen utk semangkuk kecik. Murah la
weh. Beria makan. Dok tepi jambatan dok makan ice cream. sumpah tenang gila town ni and tak ramai orang. aku jalan-jalan almost semua kedai dah tutup, best gak la, ambil gambar semua xde manusia. haha. sunyi amat Sampai hostel mandi
makan then tido
|
sedap ok icecream ni |
|
senja |
|
berdiri tengah jalan pon ok sebab tak banyak kereta lalu. haha |
Timing hari pertama (24/06/2017)
Nagoya-Takayama-Shirakawa-go-Takayama
7.30am
touch down nagoya
9.58am
reached nagoya
station by semi express train
10.30am
meitetsu bus centre-takayama
1.30pm
reached takayama
2.00pm
check in j hoppers hostel
2.50pm bus
takayama-shirakawago
4.00pm
reached shirakawago
5.30pm bus
shirakawago-takayama
6.40pm
reached takayama g jalan2
7.30pm
sampai hostel selepas merayau
p/s: hari pertama ni aku tak banyak keluar duit sangat. keluar duit beli air, ice cream etc. transport dah cover Shoryudo Pass so jimat situ. pergi shirakawa-go tak payah bayar. ok sehingga berjumpa di hari ke dua.
No comments:
Post a Comment