Second day 25/6/2017
Kononnya aku nak bangun awal harini nak pergi merayau Takayama dan hari ni aku nak pergi Gifu. Harini hari raya woi. haha. aku masih tenang. tengok instagram, relax je tengok gambar raya semua. haha. kental betul hati aku. 7.45am baru aku keluar bilik nak pergi mandi. Keluar bilik tu, ada a few girls tengah gosok gigi. Dorang just gosok gigi basuh muka keluar. Sempoi. Since aku ambil female dormitory, so semua perempuan and non-mixed. shower dekat bawah tapi asing lelaki n perempuan, toilet pon asing lelaki perempuan. so proper lah. ini first time aku duduk dorm macam ni, so far pengalamannya tak mengerikan. sebab everything asing, so kau tak seriau nak mandi terbayang ada lelaki kat shower sebelah. haha.btw, masa aku mandi, memang aku sorang je yang mandi, shower lain semua kosong. korang x mandi pagi ke woi? haha.
|
pasar pagi takayama |
8.45am;
check out, start merayau takayama. Pergi pasar pagi. Pasar pagi ni rasa macam pasar tani dekat malaysia. aku pun dah lama tak pergi pasar tani. haha. Takayama ni pun tenang je rasa. it's an old town yang very calming and lay back. aku pun tak tahu kenapa, dari semalam berjalan memang aku tak jumpa ramai orang. so memang bila ambil gambar, gambar aku perfect tiada manusia. sempat jugalah aku beli pisau untuk mak aku, postcards etc. semua rumah-rumah dekat sini memang mcm zaman jepun lama. Dalam pukul 10.45am aku dah start menapak menuju ke hostel semula nak ambil beg sebab aku nak pergi Gifu. Terus pecut ke stesen takayama nak
naik bus ke gifu.
Tepat2 ok, aku sampai, mmg org tengah naik.
|
rumah-rumah |
|
ada ikan ok dalam sungai. ni ikan kap ke? |
|
barber |
|
entrance |
|
jembatan merah |
|
translate please? |
|
|
makan tako tepi sungai |
11.00am;
bus takayama-gifu ok bagi aku tulis poscards, n nak tido. Hari ni raya woi.
Hahaha. Bak kata mak aku, kental betul aku. Apehal ntah aku xrasa sedih ke apa.
Biasa je. aku memang tak jumpa orang Muslim langsung. sape woi nak jalan masa raya? haha.
1.15pm;Sampai stesen Gifu. Bas ni berhenti tepi jalan je. Masa ni aku sedikit risau sebab aku tak habis google pasal Gifu dan aku tak tahu hotel ni direction macam mana. Plus aku xde pocket internet. Ah belasah jela, "hatiku berkata" haha. Sampai stesen tu, rupanya train stesen. so aku jalan sekejap kot2 ada sape2 boleh tolong or ada information board. then nampak information board depan stesen. aku tengok, Hotel Resol ada dalam information board. Only a few blocks from here. yezza. teruskan menapak. Sampai hotel, pergh fancy hotel ni. best2. Since check in time belum sampai, dan masa ni sebenarnya planning aku adalah hiking Mt. Gifu, aku tinggal beg minta direction to Gifu park, staff hotel ni bagi pamphlet and suruh aku naik bus N32, Gifu park. Sebenarnya aku memang dah berpakaian hiking pon. memang niat nak hiking harini. haha.
1.45pm;
beli return tiket to gifu
park, 420yen. Deng la, naik bus N32, hari macam nak hujan. Masa ni aku dah cuak, deng macam mana aku nak naik ni, kalau hujan, bahaya woi. tapi aku tetap pergi. masa nak sampai Gifu park, ada nenek baik hati tolong tekan loceng bagitau dah sampai Gifu Park.
2.07pm;
sampai gifu
park, berpandukan map yang ada alhamdulillah dia dah siap tunjuk trail. Terus
agak2 menapak, then betul la ni mediation trail. masa naik ni memang xde orang lain naik sekali. aku mula2 tak fikir apa pun, bila separuh daki jumpa sign babi hutan, baru aku kecut perut sikit. deng! mati lah, aku x mau jumpa babi hutan. *nangis dalam hati. masa ni hujan dah turun rintik-rintik. Aku memang terfikir nak patah balik, tapi hati kental ni tak mahu mengalah. Perasaan ni serasa masa aku naik kinabalu haritu, badan aku dah out. mental je yang tahan, jauh aku datang tak kan aku x sampai atas? gitu aku fikir. trek dia memang hutan. ini memang lebih kurang 1380 pelindung trail hutan. aku tak berhenti pun, terus je naik. first sebab aku takut babi hutan, second sebab dah nak hujan aku takut stuck dalam hutan ni. Jumpa a few hikers dah nak turun. Akhirnya, 2.59pm, aku sampai puncak! woot woot! sampai je puncak terus hujan mencurah2 turun. sejuk woi. menyesal tak bawak jaket. Atas mt. kinka ni ada Gifu castle. macam manalah dorang naik castle ni dulu. gila, memang aku naik tak turun2 weh. aku tak masuk pun castle ni sebab semua castle sama je plus aku nak masuk yang dekat nagoya nanti.
|
meditation trail |
|
ini sumpah rasa mcm batu-batu dekat kinabalu |
Btw, nak naik gifu castle ni ada disediakan ropeway, cable car la, dalam 5 minutes je naik atas. kalau kau jenis nak relax, boleh la naik ropeway ni. ataupun kau naik guna cable car, turun guna trail. suka hati la. trails ke mount kinka ni ada 4 trails. meditation trail memang masuk hutan, yang lain aku rasa ok kot. macam pelindung jalan tar. disebabkan hujan mencurah2 so non view. memang kabus je. masa aku tengah ambil gambar castle, tiba2 ada pakcik offer nak payungkan aku. i was like, awww pakcik, youre so nice but thanks, im already soaked. haha.
|
gifu castle |
|
see, kabus semata, gimana mau lihat viewnya? |
3.19pm;
start menapak turun. Ingat nak ikut hundred turn climbing route. Katanya
senang, tapi ntah mcm mana masuk seven turn climbing route. masa turun ni, aku jumpa banyak budak sekolah turun. dorang ada program agaknya. Hujan still renyai-renyai tapi ok sikit la. Route turun ni senang banyak dari route naik. jalan dia lapang dan clear potensi nak sesat tu almost 0. meditation trail ko kena baik2 sikit sebab ko kena baca trail. sebab aku ada gak macam tersasar rupanya trail salah. Aku sampai gifu park semula dalam 3.40pm. Lepas tu mana ntah aku tercicir tiket bas balik, deng betul kena beli baru.deng!
|
ni trail hundred turns aku rasa |
4.14pm;
aku tunggu bas depan gifu
park, masa ni ada sorang pakcik tunggu bas juga. Hujan still renyai-renyai. Aku dah basah apa ada hal. sejuk gak la. then pakcik ni asyik tengok-tengok aku je. aku mcm eh pakcik ni kenapa. then bila aku buat eye contact dengan dia. dia hulur payung suruh aku berteduh bawah payung dia juga. awwww, sweetest thing evah! Nasib lelaki tu pakcik, kalau lelaki tu muda dan good looking, ini boleh jadi love story! haha. maybe kawasan aku pergi ni kawasan outskirts, so orang-orang dia gentleman kot. jenis baik2 nak tolong orang.awww, i laff this town.
|
pakcik baik hati, sempat snap sekejap. lol |
4.37pm;
sampai dekat centre gifu
bus station aku merayap pergi loft pergi beli barang makan semua. masuklah supermarket beli barang makan. aku memang makan tak teratur. plus aku tak rasa lapar. mungkin sebab perasaan nak masuk restaurant sorang tu buat aku rasa terus kenyang kot. haha
5.15pm;
balik hotel best! sepagian berjalan dekat takayama, then sampai gifu terus hiking, so kaki aku tak boleh terima dah. aku nak rehat. so malam tu aku mmg xmau berjalan. aku nak tidur. hotel dia bestlah, siap ada bathtub. memang aku berendam lama. haha.
No comments:
Post a Comment