Third day 26/6/2017
woke up in Gifu! xoxo. pukul 5 pagi aku dah terjaga, then aku panic sebab bila selak langsir cerah secerah cerahnya. cerah dia macam pukul 12 tengahari. aku dah gelabah deng macam mana aku x sedar, orang hotel ni tak kejut ke apa. bila tengok handphone, pukul 5 pagi rupanya, aku sambung tidur balik. haha. Smlm tido lambat
kot kul 3 lebih baru tido buat benda2 larooo. Pukul 8.00am baru aku betul2 bangun lepak2. tulis poskad.
|
after sunrise. kalau perasan ada bukit belakang AB hotel tu, ha, itu mt. kinka, atas tu secoit tu, Gifu castle. nampak mcm tinggi nau. tapi ok jela sebenarnya. |
|
ini lapan pagi |
Aku memang rasa x mau nak check out, sebab dah rasa best gila, plus katil hotel ni pun best. tapi perjalanan harus diteruskan. so kena gak lah siap2, xkan nak duduk bilik hotel je ye dok? dah datang jauh2. siap tulis poskad letak stamp bagai, aku check out pukul 10am. aku letak bag dekat hotel. senang sket, nnt balik ambil. lepak lobby kejap, google macam mana nak ke masjid Gifu. Masjid ni memang dalam list aku dari awal sebab cantik kot masjid ni. plus nak la gak dapat pahala. aku cuma berharap tak jumpa orang muslim je, sebab aku malas nak menjawab kenapa aku tak raya n kenapa aku datang nagoya sebab seriously aku xde jawapan. haha. hari ni 2nd day raya, so aku harap dorang beraya semalam je, plus harini hari isnin, orang dah start keje kan? haha.
|
bandar Gifu |
10.32am;
on ze way dlm bus ke gifu
university. Mula2 aku tunggu platform 5 tapi org tu cakap ape ntah aku tak faham, so aku g
main station, gi tanya information, so bayar 320 yen utk one way. Gifu university tak masuk
dlm one day pass. Tak untung kot sbb jauh. So aku beli one way dulu takut tiket
hilang. Haha. So tunggu platform 9 ye, bus c70 or n45. Turun dekat gidai guchi.
Deng nak kencing. Hopefully sempat sampai. Argh! Ni mesti sebab makan tembikai
tadi!
10.53am;
sampai gidaiguchi. Ikut direction dia kata 10 minit jalan kaki ke masjid tapi
ikut arah mana? Deng betul, aku pun x waze awal2, internet mmg xde. So ikut
gerak hati. Tanya orang sebenarnya. Jumpa sorang lady baik hati tolong search.
So ikut direction dia, dari tempat ko turun bus, mengadap jalan, kau terus je
ke depan, masjid ni dekat hujung sekali ladang gandum ke padi. Mula2 aku pun
rasa betul ke ada, dari tempat gidaiguchi yg nak balik nampak drugstore, turn
left, jalan terus, nampak bangunan mcm kilang turn right, dari simpang ni ko
akn nampak kubah tiga dari jauh. Ko teruss je, aku sampai masjid tengah
renovate. Nasib boleh masuk. Cantik weh masjid dia. all white and comel. Agak2 dah puas so aku keluar dan menapak semula ke bus stop.
|
reached the gidaiguchi stop. tak tahu hala tuju. ingat, jalan terus, mengadap jalan ni, lintas jalan. masjid di hujung. |
|
teruskan berjalan |
|
kehijauan |
|
turn left, turn right ko akan nampak ini. terus je sampai hujung |
|
kiri kanan hijau |
|
there there masjid |
|
tengah cat |
|
bahagian dalam |
|
xde orang |
|
inside |
11.43am;
aku dah sampai tempat tunggu bas nak balik.
12.09pm;
aku turun bus awal sangat, patut depan lagi, ni aku turun dekat yanagase. Kat
situ ada don quijote, apalagas, shopping. Seriously barang lgi murah. Pisau
yang aku beli kat mak kat osaka
murah dlm 300yen kat sini. Deng betul. Air klasik tu pon murah. Total damage
duit terbang; 1,330yen. Beli biskut seinbei dekat sini. oklah.
12.58pm;
keluar don quijote, tengok map jauh gak aku kena menapak ke hotel. Tanya org
utk confirmation, betul n terus menapak. Sempat aku pos semua poskad. Kat sini
xde gifu nye poskad kan?
1.09pm;
menapak sampai jr gifu
station. Lepak makan. Lapar woi. Hailaaa. Mana nak makan makanan proper ni. Mak
seteress. Nak makan nasi sedap!
1.57pm;
moh ler kita balik hotel ambil beg jom g nagoya
2.05pm;
sampai hotel. Dekat je weh jr gifu station dgn
resol gifu
hotel ni. Lerrr. Aku melepak dekat lobi. Main internet.
2.46pm;
dalam train gifu-nagoya station. Katanya berenti semua station. Masak ler mak.
Tiket one way gifu ke nagoya; 470yen
3.15pm;
sampai nagoya,
cepat gak, x sempat aku nak tido. Then aku dah start rasa seram nak cari kyoya
ryokan ni sbb aku tau jauh dgn beg berat. So kali ni bijak sket berpandukan
waze dah awal2, aku menapak. Jauh dia buat aku sangsi betul.
3.54pm;
SAMPAI KYOYA RYOKAN. Kau nampak x jauh dia azab gila. Tapi aku mmg berenti2
amik gambar la tapi tu pun x banyak ok. Sumpah jauh weh. dengan beg aku berat. memang rasa nak nangis. aku banyak gak berenti2 amik gambar. sempat singgah convenience store beli nasi. aku dah 2 hari x makan nasi proper. haha
|
suka plak aku dengan penutup lubang ni. |
|
ye, aku memang berenti amik gambar setiap kali jumpa |
|
kalau corak sama x amik la, corak lain je amik |
|
background ni lain dari yang atas |
|
finally sampai! ya allah jauhnya kau! |
4.00pm; Aku check in semua, pergh sharp aku check in harini. cantik guesthouse ni, very the classic. aku melepak main hp, pukul 5 petang baru makan nasi sedih x? haha.
6.30pm;
baru aku keluar nak pergi nagoya
tower and oasis 21. Boleh tahan jauh gak sebenarnya, dlm 3 km. Mula2 nak aku
dah naik basikal lepastu basikal buat hal so aku jalan kaki. gigih berjalan woi. 3km pergi, 3km pulang. masak!
7.19pm;
baru sampai nagoya
tower. Waaa cantik. Oasis pun cantik. Lama gak aku melepak sini,
8.07pm;
menapak balik ikut laluan ramai org sbb laluan tadi sunyi. Lalu don quijote.
Sini lagi mahei dari gifu!.
Tengok handbag, aku perlu keeee? Then teruskan perjalanan balik.
9.05pm;
sampai kyoya. aku mandi shower dulu. bilik aku masa ni aku sorang je. so heaven lagi. hahaha.
11.30pm;
MY FIRST EVER ONSEN EXPERIENCE. Best gilaa. I locked the main door. Tapi
rasanya xde org mandi oi. Hahaha. Seronok nyaaaaa
12.30pm;
tidooo
|
ruang makan |
|
bilikku |
|
backyard |
|
entrance onsen |
|
berat aku turun ok, hasil berjalan tanpa henti |
|
berendammmm |
|
niat hati nak naik basikal tapi basikal ni weng |
|
oasis 21 |
|
nagoya tower |
|
berdepan dengan don quijote |
p/s: all in all, aku suka gila kyoya ryokan ni sebab homey gila rasa n tempat dia best. share shower and toilet. tak separated men & female macam dekat takayama. bilik aku je, all female. tapi sebab tak ramai orang stay sini. so aku bebas menggunakan semua sesuka hati. haha. momen paling best adalah first time try onsen. ah best. sebab kau dah berjalan banyak so rendam kaki dalam air panas, nikmatnya pergh! haha. aku memang purposely mandi lambat sebab tak mau bertembung dengan orang. tapi memang senyap la tempat ni. tenang aja. jenis mcm rumah jepun lama. Dekat nagoya ni gak aku berjalan sorang2 waktu malam lalu jalan gelap. yela, balik dari oasis 21 & nagoya tower dah pukul berapa, tapi aku tawakkal je. lepas mandi onsen, tidur memang tak hingat! ok, sikit lagi nak habiskan post nagoya, ayuh!
No comments:
Post a Comment