Wednesday, August 9, 2017

my first solo trip (first day; 24/06/2017)

First day (24/06/2017)

Sampai airport nagoya pukul 7.30am. memang pantas. immigration and kastam pun smooth. im the first one sampai immigration. woot. Keluar je kastam, pergi toilet, etc gosok gigi. then pergi information centre nagoya sebelah kiri keluar arrival. untuk orang-orang yang berjalan tanpa haluan, boleh cari semula haluan anda dengan membaca semua pamphlet dekat situ or tanya the person yang ada dekat situ. Aku charge hp sebentar, update family then off i go. naik bridge to the other side of the airport, then sebelah kiri you will see the Meitetsu Plaza sebelah tiket kaunter. Shoryudo 3-days Pass ni kena beli siap2 dekat malaysia, aku beli dengan travel agent HIS, RM320. Lepas tu ko kena print confirmation yang dia email n tukar dekat airport Nagoya. Shoryudo 3-days pass ni cover Takayama/Shirakawa-go/Kanazawa.
betul-betul depan meitetsu bus centre, cari nana
nasib pakai towel.

Aku naik semi express ya ampun lambat nya rasa. Ke sebenarnya cepat. Entah la aku mengantuk. Sampai nagoya station pukul 9.58am, keluar ikut sign pergi meitetsu bus centre, ambik tiket utk ke takayama pukul 10.30am, Sharp gila ok bus dia, 10.30am dah gerak! Aku naik nohi bus. Sampai takayama dlm 1.30pm lama kan?! Naik pening aku. Ingat sempat la nak naik bus 1.50pm ke shirakawago. Harem. Sebab sesat x jumpa hostel. Nasib jumpa dua orang lelaki budiman tunjuk jalan walaupun apa dia cakap aku tak faham, tapi sebab dia beria tolong sampai teman aku lintas jalan. i'm touched. then sampai2 boleh terus check in. Patutnya check in pukul 3-4pm, so aku masuk bilik, lepak2, best bilik dia. aku jadi malas. Mula-mula aku sorang je dalam bilik 6 orang tu, then masuk perempuan Perancis, dia baru balik hiking 3 hari, aku macam pergh! hebat kau. dia kata, kalau ikutkan esok cuaca tak elok, kalau nak jalan better hari ini. aku apalagi, terus siap2 keluar, aku nak pergi Shirakawa-go jugak!Menapak pergi bus stop, dalam 10 minit kot. So naik bus shirakawago pukul 2.50pm. Sampai shirakawago pukul 4.00pm. Huuu lebih kurang sejam je nak berjalan sempat kah? Bas last dari shirakawago pukul 5.30pm, sempat la jalan2 naik lookup point. Nasib berangin so sedap jalan. Cepat gila aku berjalan dekat Shirakawa-go, sebab aku takut kena tinggal bus, mati la woi, mana aku nak tidur dekat kampung orang ni! Plus masa ni x ramai orang sangat, so masa aku berjalan sangat tenang. Sampai hujunng kampung gak aku berjalan, then balik on time semula ke bus stop, berlari gak, sebab bus sini sangat sharp tak bagi diskaun. haha.


sampai hostel J-hoppers hida-takayama guest house. recommended!

bus pergi shirakawa-go dari takayama, aku dan makcik ni je dalam bus.

sampai shirakawa-go!

ini gandum ke padi, i dont know

kalau ada orang boleh ambil gambar aku, aku dah menepek diri kat situ.

dah nak sampai hujung aku jalan

jambatan menuju ke mana tak tahu sebab masa ni masa dah suntuk, aku takut kalau aku ke seberang, tak sempat naik bus

haila bunga

Sampai takayama pukul 6.40pm. Terus book bus ke gifu senang esok boleh bajet masa. Then aku pon jalan2 around situ. Calm je town ni, aman n senyap.nak dekat malam xramai org, jauh gak aku jalan, masuk seven e jumpa ice cream yang aku mkn dlm flight mas balik dari osaka. 140yen utk semangkuk kecik. Murah la weh. Beria makan. Dok tepi jambatan dok makan ice cream. sumpah tenang gila town ni and tak ramai orang. aku jalan-jalan almost semua kedai dah tutup, best gak la, ambil gambar semua xde manusia. haha. sunyi amat Sampai hostel mandi makan then tido

sedap ok icecream ni

senja

berdiri tengah jalan pon ok sebab tak banyak kereta lalu. haha

Timing hari pertama (24/06/2017)
Nagoya-Takayama-Shirakawa-go-Takayama



7.30am touch down nagoya
9.58am reached nagoya station by semi express train
10.30am meitetsu bus centre-takayama
1.30pm reached takayama
2.00pm check in j hoppers hostel
2.50pm bus takayama-shirakawago
4.00pm reached shirakawago
5.30pm bus shirakawago-takayama
6.40pm reached takayama g jalan2
7.30pm sampai hostel selepas merayau





p/s: hari pertama ni aku tak banyak keluar duit sangat. keluar duit beli air, ice cream etc. transport dah cover
Shoryudo Pass so jimat situ. pergi shirakawa-go tak payah bayar. ok sehingga berjumpa di hari ke dua. 

Friday, August 4, 2017

my first solo trip (Nagoya; 23/6/2017 - 28/6/2017)

aku malas sebenarnya nak menaip tapi memandangkan ini trip solo aku yang pertama so ada baiknya aku post sebagai panduan dan kenangan. ceh!

PREPARATION
aku simpan angan-angan nak berjalan masa raya ni sejak aku tahu anak bestfriend mak aku pergi Italy masa raya dengan kawan dia. masa tu, aku belajar lagi. Lepas dengar mak aku cerita, terus aku inspired. Aku pun tak sedar sejak bila aku bosan dengan raya, tapi aku memang dah lama rasa tak excited nak raya. aku rasa raya, raya lah, nothing new. sampai macam tu tak semangat. 

So tahun lepas (2016) aku tekad beli tiket untuk one person to anywhere masa raya asalkan tempat tak sambut raya! google punya google dan setelah mengunakan sky scanner, Japan paling murah sebab masa tu Vietnam Airlines tengah buat promo.

Tiket return Nagoya : RM770.90

Murah kan? so rajin-rajinlah tengok skyscanner. 


Tak takut ke jalan sorang?

ini first time aku jalan sorang of course aku nervous. dengan orang sekeliling dok cakap, dah la perempuan jalan sorang, bahaya. well, sebagai seorang perempuan, kau kena buat research gila-gila kalau nak travel sorang. must be well prepared and pilih tempat yang less risky, i.e; Japan or else (New Zealand, Australia, Malaysia). aku rasa Japan sangat selamat untuk solo female traveler. Rajin sikit google safe places untuk female traveler, banyak je blog yang review. all in all, aku lebih kepada excited. ya, aku memang sejenis redah je bila travel, excited lebih.  So, senang cerita, aku tak fikir sangat pasal takut.

23/6/2017 

Kuantan to KL
flight patut pukul 10.30am tapi delayed sampai 11.30am. hari kedua terakhir puasa. chill. Sampai KLIA, aku melepak dan terus melepak. kemas-kemas bag. masa ni ramai orang nak pergi umrah. memang meriah airport.

KL to Saigon 
flight puku 8.00pm.

Saigon to Nagoya
flight pukul 12.00 malam aku rasa. masa ni aku dah tak rasa nak berapa makan. aku beli bekal kfc pun aku rasa tak lalu nak makan. one new thing aku perasan tentang diri sendiri, aku memang jenis x makan bila berjalan sorang. rasa nak makan tu xde sangat

hari ini memang waktu perjalanan saja. vietnam airlines mmg sharp takde delay2. makanan dia pun boleh tahan sedap. all in all superb.

p/s: lama gila due post ni. haha. ok sampai sini saja, first day kita sambung next post. 

 
first time jejak nagoya. berbekalkan kertas-kertas research, ayuh! 

Thursday, March 23, 2017

2017

came back from my first holiday in 2017 and it was great! 2017 would be the year im planning the big decision in my life, but im not sure yet. well, we will see how it goes. btw, im going for half marathon this year. hope can be done this year.

Tuesday, October 18, 2016

current life

macam biasa, setiap kali nak kena buat hujahan mesti aku takde idea lalu berblog, or idea berblog datang lalu tak boleh buat hujahan. eh? mengantuk gila azab. stuck dengan dua files lagi ni sebelum mula hujahan semula. deng! tapi apesal aku mengantuk tahap mata ada gam gajah ni!? apa pun, hujahan kena siap! *tunjuk lengan gagah* sabtu ni aku naik kinabalu, lulululu. seram oi! balik kinabalu aku kena settlekan banyak benda pending, etc etc etc. aku dah 29 tahun depan, time is ticking time is running. kalau aku tak start sekarang memang sudahnya tidak akan ada cerita. *tunjuk lengan sebelah pula* ok, mari menjadi productive.*tiada lengan lagi boleh ditunjuk* p/s: time to step out of the comfort zone.

Monday, September 5, 2016

Hurt

I guess...im going to take care of myself after this. 

I will do anything i want to do, i will go anywhere i want, i will buy any handbag i want, i will say anything cross my mind. 

Thinking of others is restless.

Lets end here

Wednesday, August 17, 2016

yasu

why is it so difficult for me to fall in love with real person but i can fall in love with fictional character within minutes!

sigh.

not matured enough. pfft.

at this age of 28 years old, i am now in love with Yasu the Baldy man.

>.<

till then, peace!


Monday, March 7, 2016

4th march 2016 im 28!

gah! im feeling so old! and im feeling a lot of emotional.
nothing special, i just want to make everyone around me happy.
ok then, oh yeah, i need a lot of me time.
till then. xoxo